Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 12-10-2021
Video here: https://fb.watch/8Ir627yjKX/
Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 12-10-2021
Video here: https://fb.watch/8Ir627yjKX/
Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 11-10-2021
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Video here: https://fb.watch/8IqFUlJK1W/
Ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 29-9-2021
----------------------------------------
Full video: https://www.youtube.com/watch?v=Zs7CNyEJUUY
Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya
turut ingin membahaskan Rancangan Malaysia Keduabelas. Saya mengharapkan RMK12
sebuah pelan ekonomi pasca pandemik COVID-19 untuk melonjakkan Malaysia kepada
sebuah ekonomi yang maju. Sebelum ini Malaysia bersaing dengan ekonomi-ekonomi-
Four Asia Tigers- Korea, Hong Kong, Singapura dan Taiwan. Mampukah Malaysia
menjadi the fifth Asia tiger melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas?
Apakah
strategi membina semula ekonomi selepas COVID-19? Kita tahu COVID-19 satu black
swan event dengan unpredictable dengan pelbagai uncertainty. Mampukah RMK12
membina semula ekonomi?
RMK12
perlu menambahkan lebih besar kek ekonomi kita supaya untuk to grow the
economy, baru kita boleh bercakap tentang to redistribute the benefits daripada
segi distributing justice supaya kebaikan ekonomi boleh dapat dinikmati oleh
semua pihak.
RMK12
menggariskan- saya baca rangka kerja industri aeroangkasa dengan begitu hebat
anggarannya. Unjuran pendapatan aeroangkasa RM55.2 bilion menjelang tahun 2030.
Lima peratus bahagian pasaran global, nombor satu di Asia Tenggara bagi pembuatan
alat ganti komponen, penawaran kerja dan sebagainya.
RMK12
juga menyentuh tentang pewujudan kluster dan zon aktiviti aeroangkasa di
Selangor dan juga di Pulau Pinang- persoalan saya, jumlah pelaburan kerajaan,
peruntukan kerajaan dalam industri aeroangkasa di Selangor dan Pulau Pinang,
atau ini hanya bergantung sepenuhnya kepada pelaburan swasta yang tidak
menentu? Malah, perancangan fizikal zon aktiviti aeroangkasa sama ada kerajaan
memberikan insentif khas terhadap pelaburan asing dalam industri
aeroangkasa.
Saya
membangkitkan perkara ini kerana dalam buku RMK12 begitu hebat illustrasinya
tetapi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak langsung menyebut
agenda aeroangkasa. Oleh itu, saya
inginkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi, apakahnya perancangan tentang industri aeroangkasa ini atau hanya
indah khabar daripada rupa?
Tuan
Yang di-Pertua, saya turut ingin menyentuh tentang tema ‘Inklusif’. RMK12 tidak
harus semata-mata sebuah dokumen ekonomi dengan angka pertumbuhan GDP sahaja.
Ia juga harus berpaksikan kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030- Shared
Prosperity Vision, dengan sebuah masyarakat yang inklusif. Apabila kerajaan
menyatakan agenda Keluarga Malaysia, ia harus benar-benar menggambarkan
semangat pelbagai kaum, kebudayaan serta lokaliti kewilayahan di Malaysia.
Slogan ‘Keluarga Malaysia’ bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Dokumen
RMK12 ini bukan bahasa berbunga-bunga sahaja.
Menurut
Laporan Households Income Estimate Incidence of Poverty Report 2020 iaitu
laporan tentang kemiskinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia
bahawa penambahan isi rumah miskin telah bertambah daripada 405,400 isi rumah
kepada 639,800 isi rumah akibat impak pandemik COVID-19. Sejumlah 20 peratus
kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40.
Sejumlah
12.8 peratus kumpulan T20 menjadi kumpulan M20. Maksudnya sudah jatuh status
daripada T20 kepada M40, M40 kepada B40 dan B40 lagi jatuh kepada miskin tegar
dan miskin mutlak. Kadar miskin tegar telah naik daripada 0.4 peratus kepada 1
peratus. Itu baru Poverty Report 2020, Laporan Tentang Kemiskinan Tahun 2020.
Apa pula angka-angka tersebut dalam laporan tahun 2021 yang turut pada waktu
itu masih mengalami kegawatan ekonomi. Adakah usaha konkrit untuk membantu
keluarga-keluarga miskin tegar keluar daripada kitaran kemiskinan?
Tuan
Yang di-Pertua, menurut EPF atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 46 peratus
ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun mempunyai simpanan kurang
daripada RM10 ribu daripada akaun KWSP. Isu jaminan hidup selepas persaraan
atau retirement security menjadi lebih meruncing. KWSP mencadangkan ahli-ahli
KWSP mempunyai sekurang-kurangnya RM240,000 sebagai basic saving menjelang umur
mereka 55 tahun tetapi hanya 27 peratus ahli-ahli KWSP mencapai angka
tersebut.
Pandemik
COVID-19 dengan pelbagai program pengeluaran sama ada i-Sinar dan i-Citra telah
merumitkan perancangan jaminan hidup selepas persaraan. Tambahan pula, ramai
yang bekerja sambilan sebagai gig worker tidak mempunyai pendapatan yang stabil
dan tetap. Saya hanya dapat membaca di dalam dokumen RMK12 ini bahawa hanya
akan menubuhkan lebih banyak lagi pusat warga emas. Akan tetapi, pusat warga
emas tidak dapat menjamin kelangsungan hidup warga emas selepas
persaraan.
Saya
ingin bertanyakan Kementeria Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
adakah dasar ekonomi untuk persediaan persaraan warga emas kita dalam RMK12
itu. Satu krisis ekonomi untuk warga emas, satu retirement crisis telah mula
terbentuk dan akan nampak impaknya dalam masa 10 tahun hingga 30 tahun.
Pada
tahun 2020, melebihi 7 peratus populasi Malaysia berumur 65 tahun ke atas dan
seperti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia akan dijangka
menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 iaitu apabila 15 peratus daripada
jumlah penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas. Bukan sahaja angka warga
emas yang semakin meningkat, simpanan KWSP yang semakin kurang dan beban pencen
kerajaan semakin tinggi.
Saya
telah bertanyakan soalan jumlah pembayaran pencen penjawat awam dari tahun 2010
hingga tahun 2020 dan unjuran untuk tahun 2030. Perbelanjaan kerajaan melalui
pencen ialah RM9.88 bilion pada tahun 2010 dan meningkat 167 peratus ke RM26.38
bilion pada tahun 2020 dan angka ini meningkat kepada 372 peratus iaitu
mencecah RM46.6 bilion pada tahun 2030. Empat kali ganda dari tahun 2010 ke tahun 2030. Oleh itu,
saya menyeru supaya kerajaan adakan satu dasar ekonomi komprehensif untuk warga
emas dan dasar harus meliputi KWSP, pencen dan lain-lain kemudahan untuk
menyokong warga emas.
Adakah
perlindungan sosial untuk gig workers memandangkan kumpulan ini semakin ramai,
adakah cadangan perubahan perundangan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk
memberikan perlindungan sosial kepada gig workers supaya mereka dapat setaraf
dengan pekerja sepenuh masa?
Pada
15 September 2021, Bukit Bendera telah diisytiharkan sebagai UNESCO Biosphere
Reserve melalui mesyuarat International Coordinating Council of the 33rd
Session of the Man and the Biosphere Programme. Kawasan Biosphere Reserve
Bukit Bendera merangkumi 12,481 hektar tanah merangkumi hutan berumur melebih
satu juta tahun Bukit Bendera, Penang Botanic Gardens yang telah dibuka sejak
tahun 1884 dan juga kawasan pantai dan marine ekosistem di Taman Negara Pulau
Pinang yang kaya dengan ribuan species flora dan fauna. Saya ingin mengucapkan
tahniah kepada Perbadanan Bukit Bendera, Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan
Negeri Pulau Pinang atas usaha berterusan sejak tahun 2016 untuk menjayakan
usaha penyenaraian tersebut. Tidak lupa juga, saya juga merakamkan ucapan
terima kasih kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang turut membantu dan
menyokong usaha tersebut. Penyenaraian Bukit Bendera sebagai UNESCO Biosphere
Reserve menambahkan keserian Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang mempunyai 2
UNESCO status iaitu George Town sebagai UNESCO Heritage Site yang mewakili
warisan kebudayaan dan Bukit Bendera sebagai UNESCO Biosphere Reserve yang
mewakili biodiversiti.
Di
bawah RMK12 telah dihuraikan cabaran kehilangan biodiversiti. Meskipun Malaysia
dilitupi dengan 55.3% kawasan berhutan, fragmentasi hutan mengurangkan
ketersambungan ekologi. Kerajaan Persekutuan telah juga memperkenalkan Dasar
Perhutanan Malaysia pada tahun 2021.
Saya
ingin menegaskan supaya tema kemampanan diberikan penekanan dalam RMK12.
Di
Malaysia terdapat 3 tempat diisytiharkan sebagai UNESCO Biosphere Reserve iaitu
1.
Tasik Chini di negeri Pahang
2.Crocker
Range di Sabah dan
3. Bukit
Bendera di Pulau Pinang.
Saya
ingin mencadangkan kepada Keraajaan untuk menubuhkan pejabat Pesuruhjaya
Biosphere Reserve dan mendrafkan Polisi Kebangsaan Biodiversiti untuk
memastikan kelestarian alam sekitar di Malaysia.
Saya
ingin membangkitkan isu Tasik Chini di negeri Pahang yang telah diiktiraf
sebagai UNESCO Biosphere Reserve pada tahun 2009. Sekretariat UNESCO Paris
sudah memberikan tempoh sehingga 2022 untuk penilaian semula status tapak rizab
biosfera Tasik Chini. Pengauditan UNESCO akan dilakukan terhadap Tasik Chini
dan sekiranya tidak memenuhi syarat maka Tasik Chini akan dilucutkan dalam
senarai UNESCO Biosphere Reserve. Sebagai tapak rizab biosfera yang pertama di
Malaysia, pengurusan Tasik Chini menjadi kayu pengukur kepada pengurusan semua
khazanah alam semula jadi di negara ini.
Apakah
usaha Kerajaan untuk memastikan Tasik Chini tidak ditarikbalik status Biosphere
Reserve? Apakah usaha Kementerian untuk menghentikan penerokaan perlombongan
dan pembalakan di Tasik Chini?
Barangkali
Menteri boleh mencadangkan Tasik Bera di kawasan Parlimen Perdana Menteri
sebagai UNESCO Biosphere Reserve yang baru selepas Bukit Bendera kerana Tasik
Bera merupakan tasik semulajadi air tawar terbesar di Semenanjung
Malaysia.
Soalan
saya memandangkan tema Mampan RMK12, apakah dana dan program untuk menyokong
ketiga-tiga UNESCO Biosphere Reserve iaitu Tasik Chini, Crocker Range dan Bukit
Bendera.
Saya
senaraikan tujuh perkara yang perlu dimasukkan dalam RMKe-12 yang tidak disebut
langsung dalam dokumen RMKe-12 tentang projek-projek di Pulau Pinang.
(1)
Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang yang melalui dua kawasan
Parlimen iaitu Parlimen Bukit Bendera dan Parlimen Jelutong. Apakah status
terkini RTB ini memandangkan ia telah melalui beberapa RMK dan masih belum
dapat dilaksana lagi.
(2)
Pembinaan Kereta Kabel di Bukit Bendera yang merangkumi laluan dari Teluk
Bahang ke Bukit Bendera sepanjang 7km di bawah Rolling Plan 4, RMK11.
(3)Projek
Naiktaraf Hospital-hospital di Pulau Pinang
(4)
Projek Pengangkutan Awam Transport Master Plan – Lebuhraya, MRT dan Third
Link.
(5)
Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
(6)
Projek Pembekalan Air Mentah dari Sungai Perak ke Pulau Pinang (Sungai Perak
Raw Water Transfer Project)
(7) Pembinaan
Ruma PPR – satu projek di bahagian Pulau, satu lagi projek di Seberang Perai
Di
bawah RMK11 terdapat selected high impact project iaitu Rancangan Tebatan
Banjir Lembangan Sungai Pinang yang melalui dua buah kawasan Parlimen iaitu
Parlimen Bukit Bendera dan Parlimen Jelutong. Apa status terkini RTB ini
memandangkan ia telah melalui beberapa RMK. Beberapa RMK sudah berdekad-dekad
tetapi masih belum dapat dilaksanakan.
Saya
membaca RMK12 telah menggariskan pelaksanaan 10 Pelan Pengurusan Lembangan
Sungai Bersepadu (IRBM) menjelang tahun 2025. Saya ingin mendapat pengesahan
bahawa Lembangan Sungai Pinang di Pulau Pinang sama ada tersenarai dalam 10
buah pelan tersebut.
Begitu
juga dengan pembinaan kereta kabel Bukit Bendera yang sebelum ini dirancang
tetapi ditangguhkan.
Projek-projek
naik taraf hospital-hospital di Pulau Pinang. Di bawah RMK11, terdapat beberapa
projek naik taraf di Hospital Besar Pulau Pinang dan saya berbesar hati bahawa
ia sedang dijalankan tetapi saya ingin mendapat butiran apakah tentang
status-status naik taraf hospital-hospital kerajaan di negeri Pulau
Pinang.
Projek
Pengangkutan Awam- Transport Master Plan, Lebuh Raya MRT dan third-link Pulau
Pinang. Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang telah
ditetapkan di bawah RMK11 tetapi ditangguhkan. Minta penjelasan.
Projek
pembekalan air mentah dari Sungai Perak ke Pulau Pinang- Sungai Perak Raw Water
Transfer Project. Saya dapat baca bahawa ada Agenda Transformasi Sektor Air
2040 dan tahun 2040 terlalu lama. Kita perlu menyegerakan projek pembekalan
water transfer project dari Sungai Perak ke Pulau Pinang.
Permintaan
untuk PPR. Satu Projek PPR di pulau dan satu lagi di Seberang Perai. Adakah
status dan tidak disebut langsung dalam dokumen RMK12. Ketujuh-tujuh isu yang
saya bangkitkan tadi, saya minta penjelasan. Janganlah menganaktirikan negeri
Pulau Pinang dan tidak menyebut langsung tentang projek-projek tersebut di
dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Akhir
sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat
Menteri Kewangan. Perbelanjaan Pembangunan untuk RMK12 berkos sejumlah RM400
bilion iaitu tambahan sebanyak 60 peratus dari RMK11. Saya minta Yang Berhormat
Menteri menjelaskan bagaimana dana ini akan disediakan? Sama ada cukai-cukai
baru akan dikenakan dan butiran-butirannya sama ada hutang-hutang negara akan
ditambah? Dokumen ini bukan sahaja tidak dapat melonjakkan Malaysia kepada
ekonomi maju tetapi ia kurang daripada segi perancangan untuk membolehkan
Malaysia mencapai satu ekonomi maju kepada high income nations.
Semua
ini saya ingin meminta penjelasan dari kerajaan.
Itu
sahaja ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima Kasih